simple n relax...

Sunday, May 29, 2011

6 perkara positif menjadi "single"...


1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau bf/gf berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke keluar bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama bf/gf boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak sudah besar dan mempunyai bf/gf terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan bf/gf sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau samaaaa ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan bf/gf anda.

8 comments:

  1. hehe...time single kot leh ckp cmnie..kalo da de mkwe ke pkwe bertukar kot..ceh3...

    ala..dua2 nyer ade lebih kurangnyer..single ke couple.janji pandai jga diri.. (^^,)v -peace-

    ReplyDelete
  2. btol3..
    smua perkara ada pro n contra..
    so pndai2 la jga dri..
    -peace-(tiru ckit)..

    ReplyDelete
  3. hehehehe...mmng best p0n single...
    sbb xde benda nk fkir..
    bila c0uple sume nk kna gtau...
    hepy single...tp de jgak la jeles time tgk 0rg len de c0uple.... :(

    ReplyDelete
  4. haahaahahhaa...kawin ag best..jom3 kawin..hahahahaah

    ReplyDelete
  5. kawin xbest..byk tanggungjawab..
    single dlu puas2 bru kawin..
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. single smpai ketua xbest jgak.
    sebelum kawin pun kena kenai2 jgak.
    dah tuh.
    cam na nak single. hehehe :P

    ReplyDelete
  7. amboi atiq.. gatai no.. hahahaha study2x dulu.. esok kita kawin keyh.. hahhaha

    ReplyDelete