simple n relax...

Thursday, May 26, 2011

“Teknik Mudah Nak Check Seseorang Tu Dah Ada Balak /Awek Ke Tak?”

Assalamualaikum..
terbaca info ni n nk kongsi tok mmbr semua..heheh
(yg single n tgh mencari mcm angah wajib bca)

Katakan anda ada kenal seseorang, yang anda minat sangat-sangat.

Anda suka gila kat dia ni.

Tapi suka-suka pun, kalau ‘si dia’ tu dah ada awek/balak buat apa kan?

Buang karan jer! bukan gitu?


Jadi anda tahu tak cara mudah macammana nak pastikan ‘si dia’ tu dah ada balak/awek ke tak?

Takkan la nak terus tanya direct jer macam ni ;

“Eh awak dah ada balak/awek tak?”

Tak segan ker? Ada berani ker nak tanya macam tu?

Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu.

Tapi angah rasa kebanyakan diantara kita memang segan/malu nak tanya macam tu kan?

Maka di sini, angah ingin berkongsi bersama anda satu teknik mudah untuk memeriksa sama ada seseorang itu dah ada yang berpunya ke tak.

Baik, begini caranya…jeng jeng jeng :

1-Jumpa dan berbual-bual dengan ‘si dia’ tu.

2-Mula-mula tanya khabar dan sembang jer la apa-apa pun.

3-Pastu, dalam masa anda menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni ; “Eh…awak kalau hari cuti, selalunya buat apa ek?”

4-Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti ; “Saya selalu pi shopping” / “Jalan-jalan” dan sebagainya.

5-Haaa masa tulah anda ada bagi soalan cepu emas pada dia ; “ ooo yer ker, pi jalan-jalan/pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker? *Sila tanya dengan spontan dan bersahaja*

6-Atau kalau dia bagi jawapan macam ni ; “Takde buat apa-apa pun, just dok kat umah jer” / “Tengok TV kat umah sepanjang hari”. Haa kalau jawapan yang macam ni, anda cuba tanya macam ni pula “Laa takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan ngan ‘ehem ehem’ ker?” *Sila tanya secara spontan dan bersahaja.*

7-Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu anda senyum je la menantikan jawapan/respon yang diberikan.

8-Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang dia berikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sinilah kunci untuk kita mengetahui sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.

*kita sudah boleh mengagak bahawa dia tu dah berpunya ke tak. Ya, dengan hanya berpandukan jawapan/respon yang diberikan saja, sudah cukup untuk kita mengagak ‘status’ seseorang tu.

*Cuba anda buat kaji ujikaji teknik ini pada 2~3 orang kenalan anda dahulu. Ianya memang memberikan ‘hints’ pada anda tentang seseorang tu dah berpunya ke belum.

*Biasanya kalau ‘si dia’ tu dah berpunya, biasanya dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya “Pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker?”. Tak pun dia akan jawab direct jer macam ni “ haah la, keluar dengan pakwe la apa lagi”.

*Kalau ‘si dia’ tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa dengar ialah ; “Emm, saya mana ada pakwe lagi” atau “Mana ade ‘ehem ehem’, saya pi shopping ngan kawan jer la.” Atau “ Dengan ‘ehem ehem’?, saya mana la ada ‘ehem ehem’. Siapa la yang nak kat orang macam saya ni!”

Haaa apalagi…anda ada ‘secret admire’?

Try la ‘teknik power’ ni untuk check sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.

Selamat mencuba!

Sumber : PakarHowTo

No comments:

Post a Comment